Sunday, October 8, 2023

Amalan keselamatan

Peraturan Keselamatan

Peraturan keselamatan perlu diamalkan ketika berada di dalam bengkel RBT. Kemalangan boleh berlaku jika kita tidak mematuhi peraturan keselamatan. Mari murid-murid kita melihat tentang peraturan di dalam bengkel dengan Cikgu Sham.


  • Patuhi semua tanda keselamatan di dalam bengkel
  • Buka semua pintu dan tingkap bengkel sebelum memulakan aktiviti
  • Bersihkan meja kerja dan bengkel setelah selesai melakukan aktiviti
  • Letakkan beg di tempat yang disediakan 
  • Gunakan alatan dan bahan setelah mendapat kebenaran guru
  • Patuhi arahan dan makluman daripada guru sebelum masuk ke dalam bengkel


Peraturan Keselamatan Diri









Ikat rambut yang panjang




Ikat atau masukkan tudung ke dalam apron











Pakai pakaian yang sesuai di dalam bengkel

Peraturan Keselamatan Alatan








Bertanya dan minta tunjuk ajar guru sebelum menggunakan alatan 









Berhati-hati semasa menggunakan alatan











Laporkan alatan yang rosak atau hilang kepada guru 










Bersihkan alatan selepas digunakan 










Simpan alatan di tempatnya semula setelah digunakan 






Gunakan alatan dengan cara yang betul



Dilarang bermain dan bergurau semasa menggunakan alatan 


Peraturan Keselamatan Bahan









Bertanyakan cara penggunaan bahan yang betul kepada guru 










Simpan bahan yang berbahaya dan mudah terbakar di tempat yang selamat












Berhati-hati semasa menggunakan bahan berbahaya 








Bersihkan bahan yang tumpah di atas lantai dengan segera









Gunakan bahan dengan berhemah dan cermat








Murid- murid boleh melihat rakaman video dari cikgu Sham tentang peraturan keselamatan.

Rakaman video ini dihasilkan menggunakan teknologi Animoto dan Youtube.










Murid- murid boleh memahami tentang peraturan keselamatan dengan membuat pentaksiran melalui sumber digital iaitu Wordwall. Berikut adalah cara bermain permainan digital  dalam media Wordwall.