Peraturan Keselamatan
Peraturan keselamatan perlu diamalkan ketika berada di dalam bengkel RBT. Kemalangan boleh berlaku jika kita tidak mematuhi peraturan keselamatan. Mari murid-murid kita melihat tentang peraturan di dalam bengkel dengan Cikgu Sham.
- Patuhi semua tanda keselamatan di dalam bengkel
- Buka semua pintu dan tingkap bengkel sebelum memulakan aktiviti
- Bersihkan meja kerja dan bengkel setelah selesai melakukan aktiviti
- Letakkan beg di tempat yang disediakan
- Gunakan alatan dan bahan setelah mendapat kebenaran guru
- Patuhi arahan dan makluman daripada guru sebelum masuk ke dalam bengkel
Peraturan Keselamatan Diri
Ikat rambut yang panjang
Ikat atau masukkan tudung ke dalam apron
Pakai pakaian yang sesuai di dalam bengkel
Peraturan Keselamatan Alatan
Bertanya dan minta tunjuk ajar guru sebelum menggunakan alatan
Berhati-hati semasa menggunakan alatan
Laporkan alatan yang rosak atau hilang kepada guru
Bersihkan alatan selepas digunakan
Simpan alatan di tempatnya semula setelah digunakan
Gunakan alatan dengan cara yang betul
Dilarang bermain dan bergurau semasa menggunakan alatan
Peraturan Keselamatan Bahan
Bertanyakan cara penggunaan bahan yang betul kepada guru
Simpan bahan yang berbahaya dan mudah terbakar di tempat yang selamat
Berhati-hati semasa menggunakan bahan berbahaya
Bersihkan bahan yang tumpah di atas lantai dengan segera
Gunakan bahan dengan berhemah dan cermat